Thursday, January 20, 2011

Siapa Aku di Mata Kau?

Salam

Alhamdulillah....akhirnya habis gak exam. Pelik la russia ni. Suka sangat buat exam tengah-tengah cuti. Bioorganic chemistry lak tu~ Merosakkan mood senang hati suka gumbira ja. =.=' Owh... aku rasa aku dah kena sumpahan post aku yang lepas sebab tiba-tiba aku teringin sangat tengok cerita Maya Mira semua-semua tu. In the end, aku tengok cerita Laila Isabella~ wahaha... kenapa la tak dak orang share cerita Maya Mira nih?



alpha..beta...amine~ huww

Sekarang ni aku agak sakit hati sikit ngan certain-certain makhluk Allah ni. Well...biasa la. Blog kan open diary. Lepaskan kegeraman di sini. Aku tak paham kenapa orang suka sangat judge orang berdasarkan perception diorang semata-mata as if we're living up to their so-called standard life. Alaaaa... kalau nak pergi majlis ni kena la pakai baju macam gini. Kalau nak cakap tu kena la guna istilah cam gitu. Kalau..dan kalau..dan kalau~

Tu tak kira lagi yang terpaut lekat rapat ngan adat tu.

"Huisshhh! pantang tujuh puluh tujuh keturunan aku buat macam ni!"

"Kalau kau kawen ngan budak kampung sebelah tu... jangan harap kau boleh makan masak lemak ketam dah kat rumah ni!" *ekceli aku sangat teringin makan masak lemak ketam*

Kenapa kita perlu sangat hidup dengan segala persepsi ni? Aku bukan marah sebab orang lain ikut. Tapi aku marah diri aku sendiri yang kadang-kadang terlampau peduli pandangan orang Memang la betul, kita tak nak buat sesuatu yang di luar kebiasaan kerana tu boleh menarik perhatian dan mungkin fitnah sekali. Tapi kebiasaan jugak boleh membunuh!

Biar mati anak, jangan mati adat

Sejak bila pulak adat termasuk dalam perkara yang membantu kita bila kita dah meninggal nanti? Sekurang-kurangnya anak tu kalau diberi ilmu agama yang cukup, insyaALLAH bermanfaat untuk kita kelak.

Kita masih lagi terpasak di ceruk yang sama... Salah siapa? Bukan la maksud aku kita buka otak sket bak kata cikgu TLC sampai terbukak aurat, tercampak agama melanggar syariat dan adat. Tapi dari segi effort ka... cara berfikir ka~ Kita hidup berdasarkan Al-Quran dan sunnah. Bukan adat ye~



manusia memang suka lekehkan orang eh?


Somehow, aku still marah dekat orang zaman sekarang yang nak kita ikut lifestyle diorang. Kadang-kadang apa yang kita buat yang sebenarnya biasa ja pun, tapi jadi laughing stock diorang. It's not even a mistake, but why do you have to discriminate? Plezz laaa.... Korang tak ubah macam orang dulu-dulu yang terlalu ikut adat. Zaman ja yang membezakan... Yang lain sama! Totally the same!

Kalau korang rasa orang lain kena hidup macam mana cara korang hidup... Pergi duduk satu sudut dan cuba uninstall segala program-program lama dalam otak korang tu~

Sekian...kisah dua generasi yang sama tapi tak serupa~

2 comments:

  1. Beza orang makan garam banyak dengan orang makan garam sikit. Haahhh..

    ReplyDelete
  2. pergh. like. Biar jadi gila asalkan bahagia. wakakakakaka

    ReplyDelete