Sunday, February 27, 2011

Selamat Hari Lahir Mama!

Salam...

Sekarang pukul 8.43 malam...kalau ikutkan waktu kat Russia ni, aku boleh lagi wish besday kat mama yang lahir pada 26 Februari 1959. Dengan ini saya mengisyhtiharkan bahawa beliau sudah sweet 25!!!! yeayyy [p/s : sila baca sebagai lima puluh dua..heheh]



Aku rindu gila nak peluk mama sekarang ni. Biasala...aku si anak bongsu yang perasan manja, spoiled dan disayangi memang suka menggedik bermanja-manja dan menggesel-gesel kat mama aku ibarat kucing-kucing aku buat manja kat abah sebab nak mintak makan. Aku beli beg marks&spencer kat mama. Hope she will like it. Aminnn...

Selepas Saiditina Aisyah r.a, aku tersangat la admire mama. Physically memang la aku ikut mama. Especially tang pipi...Bahagia tengok. Nak-nak time musim winter ni kan. Dah macam ikan buntal dah pun. Aku sorang ja yang darah O ikut mama dalam kalangan kami 5 beradik...wahahaha~ bangga!

Tapi part perangai, aku banyak ikut abah. Dengan ini boleh la di'conclude'kan yang aku ni nakal, bising, ego, suka mereka, suka melalak n melukis, suka melawan, keras kepala, tak tentu hala, careless dan 1001 lagi yang aku tak sanggup aku nak tulis sebab makin sikit makcik-makcik yang sudi nak bermenantukan aku. Isk..iskk...isskkk~ dan semua sifat aku ni sangatla bertentangan ngan mama.

Aku tak ingat last time mama marah bila... errr? Muka mama marah pun aku tak ingat. Mama selalu cakap yang mama tak suka nak marah-marah dan berleter. Dah cakap cukup la... tak payah nak merungut panjang-panjang. Tu prinsip mama. Memang bagus la aku dapat abah yang pergghhhh.... tegas gila! Ingat dulu..kalau nak bangun pagi pergi sekolah, mama kejut mesti tak bergerak lebih dari 10mm dari posisi asal. Tapi sekali dengar bunyi motor abah balik dari surau...mencacak lari pergi mandi. Terbaik arr~ Abah bekas guru besar kan..What do you expect? Konpem la garang!

Mama ni sangat-sangat la innesen. Lagu yang mama selalu nyanyi "mari bermain tali, peganglah di sini...Aku kan menarik di hujung sebelah sana..lalala"~ Klasik kan? kan? Pastu kalau orang lain marah caci maki dalam kereta, ayat paling ganas mama pun "Ish dia ni! Tampaq tayar kang". Kalau berhutang lak, mama cukup malas nak kutip-kutip hutang ni. Mama cakap mama bukan ceti nak mintak-mintak balik duit ni. Natijahnya mama memang selalu la kena paw duit... Ngan orang lain la. Bukan aku...errr..aku ada la sikit. tapi sikit ja..errrr~ Beribu-ribu lak tu hutang orang kat mama. Pesan mama kat kitorang - jangan biasakan diri pinjam duit kat orang.



Mama ni penyabar sangat. Life kitorang dulu bukan macam sekarang. Dulu mama kena bangun pukul 4 pagi nak masak untuk kitorang. Pukul 5 petang karang baru mama balik. Tu pun kami akan kerumun mama nak cerita apa yang jadi hari tu. Halfway ja la...sebab mama akan tertidur. Mama tak salahkan kami yang menyusahkan dia nak dengar cita-cita pointless tu. Mama cakap "kesian hampa kan... mama tak sempat sangat pun nak layan hampa".

Pernah kak aku cerita, time tu diorang kena bayar duit apa ntah. Tak la banyak sangat...tapi untuk lima orang anak nak bela. Mungkin la susah gak. Masa kak aku gitau mama, mama cuma senyum ja. Then, kak aku terdengar mama cakap ngan abah sal benda tu dalam bilik. Mama tanya mana nak cari duit. Tapi abah yakinkan mama yang mesti boleh gak cari duit tu. Bila mama keluar dari bilik n ternampak kak aku, mama terus maniskan muka. Zaman sekarang orang bergaduh sebab duit kan?

Sekarang ni..Alhamdulillah. Abah bela mama cam queen dari kayangan mana ntah. Since mama n abah 2-2 dah bersara, diorang dok rilex ja melepak kat rumah tu. Kucing-kucing pun dah naik pangkat jadi anak. Hamster pun dah bersarang kat rumah. Pokok orkid pun dah makin bertambah. Alhamdulillah...Allah bagi peluang untuk parents aku rasa hidup yang lebih selesa.

Aku call mak aku selang sehari sama ada aku kat beseri, intec or even kat russia ni pun. Jarang la lebih 2 hari. Nampak cam ngada gila kan? Tapi aku takleh stand hari-hari yang mendatang dalam hidup aku kalau aku tak dengar suara mama. Suara tu yang paling mampu meredakan perasaan aku. Aku kena gak cakap ngan mama walaupun aku cuma dapat dengar mama cakap "ya sayang~". It's more than enough. Aku boleh sorok aku nangis atau problems aku dari orang lain, tapi bukan mama. Aku tak mampu tahan sebak bila dengar suara mama.

Even sekarang...masih terngiang-ngiang suara mama...












"YA SAYANG....."



1 comment:

  1. owhhh...menyayat hati...anyway berhabok terok kot...27 Februari...haha

    ReplyDelete