Wednesday, February 23, 2011

First Class

Salam

Disebabkan esok cuti, maka aku dengan baiknya membawa diri aku untuk menaip depan laptop ni. Actually aku ada banyak sangat impian..errr...angan-angan ja sebenarnya. Nak idup dalam dunia 1st class. kih3. Ya la...aku bukan lahir dalam keluarga kaya pun. Sejak aku dapat scholar kat intec tu, memang susah gila aku nak mintak duit kat parents aku. Susah camna pun aku try gak bagi cukup. Tapi kalau nak shopping tu..shopping gak. Cuma kena pandai-pandai budget la. Miahaha~ Ayah n mak aku dah bersara...sekarang tengah bergoyang kaki kat rumah. Ehh...skang pukul 4 pagi waktu Malaysia. Owh...mungkin ayah aku akan bangun lagi sejam. So, aku selaku anak yang baik <----perasan! tak hingin la nak menyusahkan parents aku banyak-banyak walaupun aku sebenarnya dah cukup menyusahkan lagi mengada dan spoiled. Tskkk...

Tapi aku teringin sangat nak try beli barang-barang grand gitu~ naik flight first class. Makan kat hotel.Duduk kat rumah 7 tingkat...fuhhhh~ gediks ko nurul! Tak kuasa nyah!


Alhamdulillah...bila stadi kat sini, Allah
bagi gak kesempatan kat aku nak gi melancong lencong ke sana sini. Aku pun telah berjaya menjejakkan sport shoes aku di uk...yeay!

B
ut then, bila aku tengok seat 1st class dalam airberlin @ dalam virgin train, aku terfikir...entah bila aku boleh tempah seat tu. Macam best ja kan? Perlu ka aku kawen ngan pilot untuk dapat seat tu. Or businessman yang kaya n koya. Atau aku kena jadi career woman yang boleh capai impian dia sendiri. Wow!

Ish3...tak bersyukur tol. Dalam pi luaq negara kira besaq rahmat dah tu!


mansion yang menjadi impian zaman mat jenin


Tiba-tiba....jeng3!







Aku terfikir lag
i...kenapa 1st class? Apa yang ada pada 1st class? Kalau la tak wujud mulut-mulut yang suka membezakan, tentu tak wujud 1st class ni semua. Kenapa 1st class yang diterima dunia adalah golongan yang kaya dan mampu membeli seluruh dunia hatta jiwa-jiwa di dalamnya sekalipun. Dari mana wujudnya perspective ni? Dari Islamkah? Kenapa bukan ulama-ulama yang berusaha menegakkan Islam yang dianggap 1st class. Sedangkan negara yang mengaku negara Islam pun bersetuju dengan pendapat barat tu.

Diperhiaskan bagi manusia kesukaan kepada barang yang diingini, (iaitu) dari hal perempuan dan anak laki-­laki, dan berpikul-pikul emas dan perak, dan kuda kenderaan yang diasuh, dan binatang-binatang ternak dan sawah-ladang. Yang demikian itulah perhiasan hidup di dunia. Namun di sisi Allah ada (lagi) sebaik tempat kembali. (3:14)

dan Allah sambung...

Katakanlah: sukakah kamu aku ceritakan kepada kamu apa yang lebih baik daripada yang demikian, di sisi Tuhan mereka, bagi orang-orang yang bertakwa? Ialah syurga-­syurga, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, kekal mereka di dalamnya, dan isteri-isteri yang suci, dan keridhaan dari Allah. Dan Allah melihat akan hamba-hambaNya. (3:15)

Tak pa la kalau aku tak berjaya dapatkan hidup 1st class tu kat dunia... Moga-moga kita dapat hidup 1st class kat akhirat... Allah tu Maha Me
ngetahui. Mana tau kot-kot aku jadi lupa daratan lalu hanyut ke pulau pandan jauh ke tengah ka kalau aku kaya...ye tak?






Bila korang ingin menyusahkan orang lain...sebenarnya korang tak pernah merasa susah atau tak ingin rasa susah atau susah untuk memahami kesusahan orang lain?

No comments:

Post a Comment