Sunday, February 27, 2011

Selamat Hari Lahir Mama!

Salam...

Sekarang pukul 8.43 malam...kalau ikutkan waktu kat Russia ni, aku boleh lagi wish besday kat mama yang lahir pada 26 Februari 1959. Dengan ini saya mengisyhtiharkan bahawa beliau sudah sweet 25!!!! yeayyy [p/s : sila baca sebagai lima puluh dua..heheh]



Aku rindu gila nak peluk mama sekarang ni. Biasala...aku si anak bongsu yang perasan manja, spoiled dan disayangi memang suka menggedik bermanja-manja dan menggesel-gesel kat mama aku ibarat kucing-kucing aku buat manja kat abah sebab nak mintak makan. Aku beli beg marks&spencer kat mama. Hope she will like it. Aminnn...

Selepas Saiditina Aisyah r.a, aku tersangat la admire mama. Physically memang la aku ikut mama. Especially tang pipi...Bahagia tengok. Nak-nak time musim winter ni kan. Dah macam ikan buntal dah pun. Aku sorang ja yang darah O ikut mama dalam kalangan kami 5 beradik...wahahaha~ bangga!

Tapi part perangai, aku banyak ikut abah. Dengan ini boleh la di'conclude'kan yang aku ni nakal, bising, ego, suka mereka, suka melalak n melukis, suka melawan, keras kepala, tak tentu hala, careless dan 1001 lagi yang aku tak sanggup aku nak tulis sebab makin sikit makcik-makcik yang sudi nak bermenantukan aku. Isk..iskk...isskkk~ dan semua sifat aku ni sangatla bertentangan ngan mama.

Aku tak ingat last time mama marah bila... errr? Muka mama marah pun aku tak ingat. Mama selalu cakap yang mama tak suka nak marah-marah dan berleter. Dah cakap cukup la... tak payah nak merungut panjang-panjang. Tu prinsip mama. Memang bagus la aku dapat abah yang pergghhhh.... tegas gila! Ingat dulu..kalau nak bangun pagi pergi sekolah, mama kejut mesti tak bergerak lebih dari 10mm dari posisi asal. Tapi sekali dengar bunyi motor abah balik dari surau...mencacak lari pergi mandi. Terbaik arr~ Abah bekas guru besar kan..What do you expect? Konpem la garang!

Mama ni sangat-sangat la innesen. Lagu yang mama selalu nyanyi "mari bermain tali, peganglah di sini...Aku kan menarik di hujung sebelah sana..lalala"~ Klasik kan? kan? Pastu kalau orang lain marah caci maki dalam kereta, ayat paling ganas mama pun "Ish dia ni! Tampaq tayar kang". Kalau berhutang lak, mama cukup malas nak kutip-kutip hutang ni. Mama cakap mama bukan ceti nak mintak-mintak balik duit ni. Natijahnya mama memang selalu la kena paw duit... Ngan orang lain la. Bukan aku...errr..aku ada la sikit. tapi sikit ja..errrr~ Beribu-ribu lak tu hutang orang kat mama. Pesan mama kat kitorang - jangan biasakan diri pinjam duit kat orang.



Mama ni penyabar sangat. Life kitorang dulu bukan macam sekarang. Dulu mama kena bangun pukul 4 pagi nak masak untuk kitorang. Pukul 5 petang karang baru mama balik. Tu pun kami akan kerumun mama nak cerita apa yang jadi hari tu. Halfway ja la...sebab mama akan tertidur. Mama tak salahkan kami yang menyusahkan dia nak dengar cita-cita pointless tu. Mama cakap "kesian hampa kan... mama tak sempat sangat pun nak layan hampa".

Pernah kak aku cerita, time tu diorang kena bayar duit apa ntah. Tak la banyak sangat...tapi untuk lima orang anak nak bela. Mungkin la susah gak. Masa kak aku gitau mama, mama cuma senyum ja. Then, kak aku terdengar mama cakap ngan abah sal benda tu dalam bilik. Mama tanya mana nak cari duit. Tapi abah yakinkan mama yang mesti boleh gak cari duit tu. Bila mama keluar dari bilik n ternampak kak aku, mama terus maniskan muka. Zaman sekarang orang bergaduh sebab duit kan?

Sekarang ni..Alhamdulillah. Abah bela mama cam queen dari kayangan mana ntah. Since mama n abah 2-2 dah bersara, diorang dok rilex ja melepak kat rumah tu. Kucing-kucing pun dah naik pangkat jadi anak. Hamster pun dah bersarang kat rumah. Pokok orkid pun dah makin bertambah. Alhamdulillah...Allah bagi peluang untuk parents aku rasa hidup yang lebih selesa.

Aku call mak aku selang sehari sama ada aku kat beseri, intec or even kat russia ni pun. Jarang la lebih 2 hari. Nampak cam ngada gila kan? Tapi aku takleh stand hari-hari yang mendatang dalam hidup aku kalau aku tak dengar suara mama. Suara tu yang paling mampu meredakan perasaan aku. Aku kena gak cakap ngan mama walaupun aku cuma dapat dengar mama cakap "ya sayang~". It's more than enough. Aku boleh sorok aku nangis atau problems aku dari orang lain, tapi bukan mama. Aku tak mampu tahan sebak bila dengar suara mama.

Even sekarang...masih terngiang-ngiang suara mama...












"YA SAYANG....."



Wednesday, February 23, 2011

First Class

Salam

Disebabkan esok cuti, maka aku dengan baiknya membawa diri aku untuk menaip depan laptop ni. Actually aku ada banyak sangat impian..errr...angan-angan ja sebenarnya. Nak idup dalam dunia 1st class. kih3. Ya la...aku bukan lahir dalam keluarga kaya pun. Sejak aku dapat scholar kat intec tu, memang susah gila aku nak mintak duit kat parents aku. Susah camna pun aku try gak bagi cukup. Tapi kalau nak shopping tu..shopping gak. Cuma kena pandai-pandai budget la. Miahaha~ Ayah n mak aku dah bersara...sekarang tengah bergoyang kaki kat rumah. Ehh...skang pukul 4 pagi waktu Malaysia. Owh...mungkin ayah aku akan bangun lagi sejam. So, aku selaku anak yang baik <----perasan! tak hingin la nak menyusahkan parents aku banyak-banyak walaupun aku sebenarnya dah cukup menyusahkan lagi mengada dan spoiled. Tskkk...

Tapi aku teringin sangat nak try beli barang-barang grand gitu~ naik flight first class. Makan kat hotel.Duduk kat rumah 7 tingkat...fuhhhh~ gediks ko nurul! Tak kuasa nyah!


Alhamdulillah...bila stadi kat sini, Allah
bagi gak kesempatan kat aku nak gi melancong lencong ke sana sini. Aku pun telah berjaya menjejakkan sport shoes aku di uk...yeay!

B
ut then, bila aku tengok seat 1st class dalam airberlin @ dalam virgin train, aku terfikir...entah bila aku boleh tempah seat tu. Macam best ja kan? Perlu ka aku kawen ngan pilot untuk dapat seat tu. Or businessman yang kaya n koya. Atau aku kena jadi career woman yang boleh capai impian dia sendiri. Wow!

Ish3...tak bersyukur tol. Dalam pi luaq negara kira besaq rahmat dah tu!


mansion yang menjadi impian zaman mat jenin


Tiba-tiba....jeng3!







Aku terfikir lag
i...kenapa 1st class? Apa yang ada pada 1st class? Kalau la tak wujud mulut-mulut yang suka membezakan, tentu tak wujud 1st class ni semua. Kenapa 1st class yang diterima dunia adalah golongan yang kaya dan mampu membeli seluruh dunia hatta jiwa-jiwa di dalamnya sekalipun. Dari mana wujudnya perspective ni? Dari Islamkah? Kenapa bukan ulama-ulama yang berusaha menegakkan Islam yang dianggap 1st class. Sedangkan negara yang mengaku negara Islam pun bersetuju dengan pendapat barat tu.

Diperhiaskan bagi manusia kesukaan kepada barang yang diingini, (iaitu) dari hal perempuan dan anak laki-­laki, dan berpikul-pikul emas dan perak, dan kuda kenderaan yang diasuh, dan binatang-binatang ternak dan sawah-ladang. Yang demikian itulah perhiasan hidup di dunia. Namun di sisi Allah ada (lagi) sebaik tempat kembali. (3:14)

dan Allah sambung...

Katakanlah: sukakah kamu aku ceritakan kepada kamu apa yang lebih baik daripada yang demikian, di sisi Tuhan mereka, bagi orang-orang yang bertakwa? Ialah syurga-­syurga, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, kekal mereka di dalamnya, dan isteri-isteri yang suci, dan keridhaan dari Allah. Dan Allah melihat akan hamba-hambaNya. (3:15)

Tak pa la kalau aku tak berjaya dapatkan hidup 1st class tu kat dunia... Moga-moga kita dapat hidup 1st class kat akhirat... Allah tu Maha Me
ngetahui. Mana tau kot-kot aku jadi lupa daratan lalu hanyut ke pulau pandan jauh ke tengah ka kalau aku kaya...ye tak?






Bila korang ingin menyusahkan orang lain...sebenarnya korang tak pernah merasa susah atau tak ingin rasa susah atau susah untuk memahami kesusahan orang lain?

Saturday, February 19, 2011

Harapan dan Takdir

Salam...

uk...gonna miss u



Hohoho...setelah sekian lama blogku bersawang...ni tuan ko datang nak bagi mandi. Sian ko yek... Tuan ko pergi uk tak bagi tau... dah start kelas pun tak bagitau. Apakan daya...tuan ko ni pemalas pahit! Ok la..aku tak dak mood nak berhikayat sal uk tu. Banyak sangat tragedi....
>.< Juga malas nak bercerita tentang si labu labi yang berjaya menggegarkan moscow. Aku nak bercakap menaip tentang kita...kita semua~

**********
ni la anak aku

Terukir senyum si ibu
Bahagia menghiasi jiwa si bapa
Permata yang diimpikan dulu
Kini berada di depan mata

Siapa la tak seronok dapat anak kan? Kalau boleh nak ditatangnya anak tu bagi minyak masak seri murni yang penuh~ Nak bagi sesempurna kehidupan kat dia. Dan tak lupa... hidup yang bahagia...

Tapi...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Macam mana kalau hidup anak kita tak seperti yang kita harapkan? Dia tak seperti ideal child yang kita impikan. Dia mungkin budak-budak yang keras kelapa tak makan saman. Dia mungkin pelajar yang selalu kena denda berdiri depan perhimpunan. Dia mungkin anak yang selalu bagi kita buku yang bertulisan merah darah beserta surat ugutan amaran.

Time tu mesti gatal-gatal ja tangan nak melempang anak yang sering dibelainya tu. Hah? Aku tak cakap pun aku nak cerita pasal si tanggang moden atau cita K.A.M.I punya stail. Aku nak cakap tentang...mencari hikmah yang tersembunyi~

Kadang-kadang ada parents yang akan cakap "Penat ayah ngan mak bela kau dulu. Tapi ni balasan kau...mengecewakan kami ja." Cuba sesekali tanya pada diri. Atas sebab apa kita kecewa? Sebab dia tak berjaya...atau dia anak yang tak boleh dibanggakan?

Orang cakap kalau kita nak faham situasi orang, kita kena cuba sumbat diri kita dalam kasut hapak dia [p/s:sila baca...put yourself in someone's shoes]. Pernah tak kita sedar...mungkin anak kita dah berjaga sepanjang minggu untuk belajar...tapi dia masih tak mampu menjawab soalan exam. Pernah tak kita fikir...tu ujian dari Allah?

Jodoh,maut,rezeki....semua dari kita tahu yang tu semua telah ditetapkan. Tapi masih lagi kita nak mengata mengumpat mengeji takdir Ilahi ni. kadang-kadang kita terlupa yang tu semua kerja Allah. Kita selalu sangat tend nak tengok keputusan di akhirnya...sedangkan yang akan dikira di akhirat nanti adalah usahanya.

Mungkin juga anak kita terjauh sebentar dari Allah. Lalu dengan penuh kasih sayang, Allah tariknya kembali untuk menangis di dalam sujudnya. Mungkin juga Allah nak ingatkan kita yang selalu alpa, lebih mementingkan ilmu dunia sehingga terlupa anak sudah lama tak menyentuh al-Quran dan mengingatiNya.

Bila kita memarahi anak-anak kita, apa yang sebenarnya kita marahkan? Mungkin juga kita sedang salahkan takdir yang Allah tetapkan.

Benar... usaha,doa dan tawakal itu beriringan. Jangan ada satu pun yang tertinggal. Tapi andai semua sudah dilaksana...terimalah takdir Allah dengan redha.

Bukan aku tak pernah menangis...bersedih dengan apa yang Allah beri. Terlupa Allah itu sebaik-baik perancang. Ada sesuatu dalam rencanaNya untuk kita.

Bukankah kita patut lebih kecewa andai anak yang kita jaga dengan penuh kasih sayang tu tak mampu pun mengirimkan doa buat kita kelak?

Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.
(QS. Al-Hadid : 22)


"Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan 'Inna lillaahi wa innaa ilaihi roji'uun' (Dari Allah kita datang kepada Allah kita akan kembali). Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk" (Surah Al-Baqarah : 155-157)

**********

Errr...ada bakat jadi mak orang tak? ecehh~