Sunday, February 27, 2011

Selamat Hari Lahir Mama!

Salam...

Sekarang pukul 8.43 malam...kalau ikutkan waktu kat Russia ni, aku boleh lagi wish besday kat mama yang lahir pada 26 Februari 1959. Dengan ini saya mengisyhtiharkan bahawa beliau sudah sweet 25!!!! yeayyy [p/s : sila baca sebagai lima puluh dua..heheh]



Aku rindu gila nak peluk mama sekarang ni. Biasala...aku si anak bongsu yang perasan manja, spoiled dan disayangi memang suka menggedik bermanja-manja dan menggesel-gesel kat mama aku ibarat kucing-kucing aku buat manja kat abah sebab nak mintak makan. Aku beli beg marks&spencer kat mama. Hope she will like it. Aminnn...

Selepas Saiditina Aisyah r.a, aku tersangat la admire mama. Physically memang la aku ikut mama. Especially tang pipi...Bahagia tengok. Nak-nak time musim winter ni kan. Dah macam ikan buntal dah pun. Aku sorang ja yang darah O ikut mama dalam kalangan kami 5 beradik...wahahaha~ bangga!

Tapi part perangai, aku banyak ikut abah. Dengan ini boleh la di'conclude'kan yang aku ni nakal, bising, ego, suka mereka, suka melalak n melukis, suka melawan, keras kepala, tak tentu hala, careless dan 1001 lagi yang aku tak sanggup aku nak tulis sebab makin sikit makcik-makcik yang sudi nak bermenantukan aku. Isk..iskk...isskkk~ dan semua sifat aku ni sangatla bertentangan ngan mama.

Aku tak ingat last time mama marah bila... errr? Muka mama marah pun aku tak ingat. Mama selalu cakap yang mama tak suka nak marah-marah dan berleter. Dah cakap cukup la... tak payah nak merungut panjang-panjang. Tu prinsip mama. Memang bagus la aku dapat abah yang pergghhhh.... tegas gila! Ingat dulu..kalau nak bangun pagi pergi sekolah, mama kejut mesti tak bergerak lebih dari 10mm dari posisi asal. Tapi sekali dengar bunyi motor abah balik dari surau...mencacak lari pergi mandi. Terbaik arr~ Abah bekas guru besar kan..What do you expect? Konpem la garang!

Mama ni sangat-sangat la innesen. Lagu yang mama selalu nyanyi "mari bermain tali, peganglah di sini...Aku kan menarik di hujung sebelah sana..lalala"~ Klasik kan? kan? Pastu kalau orang lain marah caci maki dalam kereta, ayat paling ganas mama pun "Ish dia ni! Tampaq tayar kang". Kalau berhutang lak, mama cukup malas nak kutip-kutip hutang ni. Mama cakap mama bukan ceti nak mintak-mintak balik duit ni. Natijahnya mama memang selalu la kena paw duit... Ngan orang lain la. Bukan aku...errr..aku ada la sikit. tapi sikit ja..errrr~ Beribu-ribu lak tu hutang orang kat mama. Pesan mama kat kitorang - jangan biasakan diri pinjam duit kat orang.



Mama ni penyabar sangat. Life kitorang dulu bukan macam sekarang. Dulu mama kena bangun pukul 4 pagi nak masak untuk kitorang. Pukul 5 petang karang baru mama balik. Tu pun kami akan kerumun mama nak cerita apa yang jadi hari tu. Halfway ja la...sebab mama akan tertidur. Mama tak salahkan kami yang menyusahkan dia nak dengar cita-cita pointless tu. Mama cakap "kesian hampa kan... mama tak sempat sangat pun nak layan hampa".

Pernah kak aku cerita, time tu diorang kena bayar duit apa ntah. Tak la banyak sangat...tapi untuk lima orang anak nak bela. Mungkin la susah gak. Masa kak aku gitau mama, mama cuma senyum ja. Then, kak aku terdengar mama cakap ngan abah sal benda tu dalam bilik. Mama tanya mana nak cari duit. Tapi abah yakinkan mama yang mesti boleh gak cari duit tu. Bila mama keluar dari bilik n ternampak kak aku, mama terus maniskan muka. Zaman sekarang orang bergaduh sebab duit kan?

Sekarang ni..Alhamdulillah. Abah bela mama cam queen dari kayangan mana ntah. Since mama n abah 2-2 dah bersara, diorang dok rilex ja melepak kat rumah tu. Kucing-kucing pun dah naik pangkat jadi anak. Hamster pun dah bersarang kat rumah. Pokok orkid pun dah makin bertambah. Alhamdulillah...Allah bagi peluang untuk parents aku rasa hidup yang lebih selesa.

Aku call mak aku selang sehari sama ada aku kat beseri, intec or even kat russia ni pun. Jarang la lebih 2 hari. Nampak cam ngada gila kan? Tapi aku takleh stand hari-hari yang mendatang dalam hidup aku kalau aku tak dengar suara mama. Suara tu yang paling mampu meredakan perasaan aku. Aku kena gak cakap ngan mama walaupun aku cuma dapat dengar mama cakap "ya sayang~". It's more than enough. Aku boleh sorok aku nangis atau problems aku dari orang lain, tapi bukan mama. Aku tak mampu tahan sebak bila dengar suara mama.

Even sekarang...masih terngiang-ngiang suara mama...












"YA SAYANG....."



Wednesday, February 23, 2011

First Class

Salam

Disebabkan esok cuti, maka aku dengan baiknya membawa diri aku untuk menaip depan laptop ni. Actually aku ada banyak sangat impian..errr...angan-angan ja sebenarnya. Nak idup dalam dunia 1st class. kih3. Ya la...aku bukan lahir dalam keluarga kaya pun. Sejak aku dapat scholar kat intec tu, memang susah gila aku nak mintak duit kat parents aku. Susah camna pun aku try gak bagi cukup. Tapi kalau nak shopping tu..shopping gak. Cuma kena pandai-pandai budget la. Miahaha~ Ayah n mak aku dah bersara...sekarang tengah bergoyang kaki kat rumah. Ehh...skang pukul 4 pagi waktu Malaysia. Owh...mungkin ayah aku akan bangun lagi sejam. So, aku selaku anak yang baik <----perasan! tak hingin la nak menyusahkan parents aku banyak-banyak walaupun aku sebenarnya dah cukup menyusahkan lagi mengada dan spoiled. Tskkk...

Tapi aku teringin sangat nak try beli barang-barang grand gitu~ naik flight first class. Makan kat hotel.Duduk kat rumah 7 tingkat...fuhhhh~ gediks ko nurul! Tak kuasa nyah!


Alhamdulillah...bila stadi kat sini, Allah
bagi gak kesempatan kat aku nak gi melancong lencong ke sana sini. Aku pun telah berjaya menjejakkan sport shoes aku di uk...yeay!

B
ut then, bila aku tengok seat 1st class dalam airberlin @ dalam virgin train, aku terfikir...entah bila aku boleh tempah seat tu. Macam best ja kan? Perlu ka aku kawen ngan pilot untuk dapat seat tu. Or businessman yang kaya n koya. Atau aku kena jadi career woman yang boleh capai impian dia sendiri. Wow!

Ish3...tak bersyukur tol. Dalam pi luaq negara kira besaq rahmat dah tu!


mansion yang menjadi impian zaman mat jenin


Tiba-tiba....jeng3!







Aku terfikir lag
i...kenapa 1st class? Apa yang ada pada 1st class? Kalau la tak wujud mulut-mulut yang suka membezakan, tentu tak wujud 1st class ni semua. Kenapa 1st class yang diterima dunia adalah golongan yang kaya dan mampu membeli seluruh dunia hatta jiwa-jiwa di dalamnya sekalipun. Dari mana wujudnya perspective ni? Dari Islamkah? Kenapa bukan ulama-ulama yang berusaha menegakkan Islam yang dianggap 1st class. Sedangkan negara yang mengaku negara Islam pun bersetuju dengan pendapat barat tu.

Diperhiaskan bagi manusia kesukaan kepada barang yang diingini, (iaitu) dari hal perempuan dan anak laki-­laki, dan berpikul-pikul emas dan perak, dan kuda kenderaan yang diasuh, dan binatang-binatang ternak dan sawah-ladang. Yang demikian itulah perhiasan hidup di dunia. Namun di sisi Allah ada (lagi) sebaik tempat kembali. (3:14)

dan Allah sambung...

Katakanlah: sukakah kamu aku ceritakan kepada kamu apa yang lebih baik daripada yang demikian, di sisi Tuhan mereka, bagi orang-orang yang bertakwa? Ialah syurga-­syurga, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, kekal mereka di dalamnya, dan isteri-isteri yang suci, dan keridhaan dari Allah. Dan Allah melihat akan hamba-hambaNya. (3:15)

Tak pa la kalau aku tak berjaya dapatkan hidup 1st class tu kat dunia... Moga-moga kita dapat hidup 1st class kat akhirat... Allah tu Maha Me
ngetahui. Mana tau kot-kot aku jadi lupa daratan lalu hanyut ke pulau pandan jauh ke tengah ka kalau aku kaya...ye tak?






Bila korang ingin menyusahkan orang lain...sebenarnya korang tak pernah merasa susah atau tak ingin rasa susah atau susah untuk memahami kesusahan orang lain?

Saturday, February 19, 2011

Harapan dan Takdir

Salam...

uk...gonna miss u



Hohoho...setelah sekian lama blogku bersawang...ni tuan ko datang nak bagi mandi. Sian ko yek... Tuan ko pergi uk tak bagi tau... dah start kelas pun tak bagitau. Apakan daya...tuan ko ni pemalas pahit! Ok la..aku tak dak mood nak berhikayat sal uk tu. Banyak sangat tragedi....
>.< Juga malas nak bercerita tentang si labu labi yang berjaya menggegarkan moscow. Aku nak bercakap menaip tentang kita...kita semua~

**********
ni la anak aku

Terukir senyum si ibu
Bahagia menghiasi jiwa si bapa
Permata yang diimpikan dulu
Kini berada di depan mata

Siapa la tak seronok dapat anak kan? Kalau boleh nak ditatangnya anak tu bagi minyak masak seri murni yang penuh~ Nak bagi sesempurna kehidupan kat dia. Dan tak lupa... hidup yang bahagia...

Tapi...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Macam mana kalau hidup anak kita tak seperti yang kita harapkan? Dia tak seperti ideal child yang kita impikan. Dia mungkin budak-budak yang keras kelapa tak makan saman. Dia mungkin pelajar yang selalu kena denda berdiri depan perhimpunan. Dia mungkin anak yang selalu bagi kita buku yang bertulisan merah darah beserta surat ugutan amaran.

Time tu mesti gatal-gatal ja tangan nak melempang anak yang sering dibelainya tu. Hah? Aku tak cakap pun aku nak cerita pasal si tanggang moden atau cita K.A.M.I punya stail. Aku nak cakap tentang...mencari hikmah yang tersembunyi~

Kadang-kadang ada parents yang akan cakap "Penat ayah ngan mak bela kau dulu. Tapi ni balasan kau...mengecewakan kami ja." Cuba sesekali tanya pada diri. Atas sebab apa kita kecewa? Sebab dia tak berjaya...atau dia anak yang tak boleh dibanggakan?

Orang cakap kalau kita nak faham situasi orang, kita kena cuba sumbat diri kita dalam kasut hapak dia [p/s:sila baca...put yourself in someone's shoes]. Pernah tak kita sedar...mungkin anak kita dah berjaga sepanjang minggu untuk belajar...tapi dia masih tak mampu menjawab soalan exam. Pernah tak kita fikir...tu ujian dari Allah?

Jodoh,maut,rezeki....semua dari kita tahu yang tu semua telah ditetapkan. Tapi masih lagi kita nak mengata mengumpat mengeji takdir Ilahi ni. kadang-kadang kita terlupa yang tu semua kerja Allah. Kita selalu sangat tend nak tengok keputusan di akhirnya...sedangkan yang akan dikira di akhirat nanti adalah usahanya.

Mungkin juga anak kita terjauh sebentar dari Allah. Lalu dengan penuh kasih sayang, Allah tariknya kembali untuk menangis di dalam sujudnya. Mungkin juga Allah nak ingatkan kita yang selalu alpa, lebih mementingkan ilmu dunia sehingga terlupa anak sudah lama tak menyentuh al-Quran dan mengingatiNya.

Bila kita memarahi anak-anak kita, apa yang sebenarnya kita marahkan? Mungkin juga kita sedang salahkan takdir yang Allah tetapkan.

Benar... usaha,doa dan tawakal itu beriringan. Jangan ada satu pun yang tertinggal. Tapi andai semua sudah dilaksana...terimalah takdir Allah dengan redha.

Bukan aku tak pernah menangis...bersedih dengan apa yang Allah beri. Terlupa Allah itu sebaik-baik perancang. Ada sesuatu dalam rencanaNya untuk kita.

Bukankah kita patut lebih kecewa andai anak yang kita jaga dengan penuh kasih sayang tu tak mampu pun mengirimkan doa buat kita kelak?

Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.
(QS. Al-Hadid : 22)


"Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan 'Inna lillaahi wa innaa ilaihi roji'uun' (Dari Allah kita datang kepada Allah kita akan kembali). Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk" (Surah Al-Baqarah : 155-157)

**********

Errr...ada bakat jadi mak orang tak? ecehh~

Thursday, January 20, 2011

Siapa Aku di Mata Kau?

Salam

Alhamdulillah....akhirnya habis gak exam. Pelik la russia ni. Suka sangat buat exam tengah-tengah cuti. Bioorganic chemistry lak tu~ Merosakkan mood senang hati suka gumbira ja. =.=' Owh... aku rasa aku dah kena sumpahan post aku yang lepas sebab tiba-tiba aku teringin sangat tengok cerita Maya Mira semua-semua tu. In the end, aku tengok cerita Laila Isabella~ wahaha... kenapa la tak dak orang share cerita Maya Mira nih?



alpha..beta...amine~ huww

Sekarang ni aku agak sakit hati sikit ngan certain-certain makhluk Allah ni. Well...biasa la. Blog kan open diary. Lepaskan kegeraman di sini. Aku tak paham kenapa orang suka sangat judge orang berdasarkan perception diorang semata-mata as if we're living up to their so-called standard life. Alaaaa... kalau nak pergi majlis ni kena la pakai baju macam gini. Kalau nak cakap tu kena la guna istilah cam gitu. Kalau..dan kalau..dan kalau~

Tu tak kira lagi yang terpaut lekat rapat ngan adat tu.

"Huisshhh! pantang tujuh puluh tujuh keturunan aku buat macam ni!"

"Kalau kau kawen ngan budak kampung sebelah tu... jangan harap kau boleh makan masak lemak ketam dah kat rumah ni!" *ekceli aku sangat teringin makan masak lemak ketam*

Kenapa kita perlu sangat hidup dengan segala persepsi ni? Aku bukan marah sebab orang lain ikut. Tapi aku marah diri aku sendiri yang kadang-kadang terlampau peduli pandangan orang Memang la betul, kita tak nak buat sesuatu yang di luar kebiasaan kerana tu boleh menarik perhatian dan mungkin fitnah sekali. Tapi kebiasaan jugak boleh membunuh!

Biar mati anak, jangan mati adat

Sejak bila pulak adat termasuk dalam perkara yang membantu kita bila kita dah meninggal nanti? Sekurang-kurangnya anak tu kalau diberi ilmu agama yang cukup, insyaALLAH bermanfaat untuk kita kelak.

Kita masih lagi terpasak di ceruk yang sama... Salah siapa? Bukan la maksud aku kita buka otak sket bak kata cikgu TLC sampai terbukak aurat, tercampak agama melanggar syariat dan adat. Tapi dari segi effort ka... cara berfikir ka~ Kita hidup berdasarkan Al-Quran dan sunnah. Bukan adat ye~



manusia memang suka lekehkan orang eh?


Somehow, aku still marah dekat orang zaman sekarang yang nak kita ikut lifestyle diorang. Kadang-kadang apa yang kita buat yang sebenarnya biasa ja pun, tapi jadi laughing stock diorang. It's not even a mistake, but why do you have to discriminate? Plezz laaa.... Korang tak ubah macam orang dulu-dulu yang terlalu ikut adat. Zaman ja yang membezakan... Yang lain sama! Totally the same!

Kalau korang rasa orang lain kena hidup macam mana cara korang hidup... Pergi duduk satu sudut dan cuba uninstall segala program-program lama dalam otak korang tu~

Sekian...kisah dua generasi yang sama tapi tak serupa~

Friday, January 14, 2011

Cerita Satu Rasa

Salam...

Super junior? Big bang? Apa tu??? Sori...aku tak layan
korea sangat. Hohohoho~ jahat la aku ni.

Ok...sekarang aku sedang bercakap tentang movie. Bukan music. Actually aku tak kisah pun dari mana asal satu-satu cerita tu. Dari Malaysia pun takpa. errr....bukan diskriminasi ya. The most important one is the storyline. Aku ni pelik sikit. Bila habis tengok cerita, aku akan mula list down moral of the story. Dalam otak ja la..kang aku tulis, nampak macam nak jawab soalan sastera pulak. dan aku tak berminat pun nak cakap sal 'macam mana nak skor bahagian sastera dalam spm'~

Tapi...dalam banyak-banyak cerita, yang paling ban
yak 'hit' aku adalah cerita jepun. Bukannya aku cakap cerita lain tak best. Ikut individu la~ English movies biasanya lebih utamakan segala bagai teknologi dalam cerita diorang. Korea pulak lebih kepada jerat percintaan yang klise. Alaaa.... laki suka kat perempuan and perempuan tu pun suka kat laki tu. tapi dua-dua taknak mengaku. Pastu ada watak ketiga dan keempat. Urghh~ Cerita melayu mesti pasal korporat yang duduk kat rumah ala-ala istana Prince Charles. Cerita indonesia, filipina, venezuela tu lagi la.... kenapa watak protagonis selalu kena tindas??? Hindustan... cinta adalah segalanya =.='

Ada ja yang best...maksud aku sebenarnya banyak cerita
yang best. Tapi cerita-cerita tipikal macam ni selalu buat aku pikir pat lima nam kali nak tengok ka tak.

Why Jdrama?


1) Mostly pasal friendship and family


Since aku ni bukan la gadis kejiwangan yang suka berkepit ngan pakwe... and I don't have any actually. So, aku tak rasa aku memerlukan cerita yang terlampau jiwang dan penuh dengan pengorbanan serta air mata seorang awek buat kekasih hati. Kadang-kadang tu macam menyampah jugak la... kenapa la hidup gagak dua sejoli tu penuh sangat halangan. tak boleh ka buat cerita cinta yang smooth sikit. tapi tak dak
thrill la kan... Tak dak thrill=tak dak penonton=baik tak payah buat cerita.

Aku sangat suka cerita pasal family. Mungkin sebab aku anak b
ongsu. Jadi banyak masa aku habis dengan family. Cerita pasal family dan friendship lagi sesuai kot untuk budak innesen cam aku~ wohohoho.. tak leh blah. Cerita macam ni selalu buat aku realize benda yang mungkin aku tak sedar tentang orang sekeliling aku.

2) Banyak monolog


Aku sangat suka quote. Bila tengok cerita, aku suka gila cari dialog-dialog yang terkesan dan mengesankan. Alkisahnya, jdrama sangat-sangatlah banyak
monolog berserta thoughts yang menarik.

Sebenarnya kita macam tu kan? Bila kita alami sesu
atu, kita suka bermonolog sorang-sorang. Kan?kan? Well.....aku yakin bukan aku sorang yang macam tu. Monolog-monolog tu... kadang-kadang merupakan benda yang kita nak bagitau orang. tapi tak terluah. dan aku selalu rasa yang pemikiran dalam monolog berbanding dialog..adalah lebih jujur. I'm terrible at expressing my own feelings...akhirnya semuanya yang aku fikir terpendam dan hilang dalam sudut hati aku yang paling dalam.




Aku bosan cerita yang hanya ada dialog ja. At times, aku nak tau apa yang betul-betul dia fikir waktu tu. Aku tak suka bila part sedih, dia cuma menangis. Monolog plak hanyalah waktu baca surat ja. Cerita macam tu sangat dull...sebab dia macam third point of view. Aku tak betul2 boleh paham cerita tu.


Aku suka mencari cerita yang reflects diri aku....

3) Lawak terlampau yang dimaafkan

Aku tak tau yang ni kenapa. Aku boleh tengok lawak jepun yang bagi aku tak logik 720 degree...sengal tahap tak hengat dunia... tapi
aku boleh gelak. Tapi kalau cerita lain buat lawak macam tu gak... aku rasa macam nak capai remote control dan tettt....tukar channel.

Urmmm.....untuk yang ni~ wujud sket kot diskriminasi~ tralala


If it can be treated one second earlier, the heart might start beating again.

Wednesday, January 12, 2011

Lost~


Salam

I keep on walking in a circle and meeting the same people...i mean the same place and it annoys me!

That's how I felt yesterday... I don't know but I think I have such a poor sense of direction. It's not my first time. But what makes it worse is that I'm not yet fully recovered from my fever and I found myself wandering alone in an unknown street at temp of 0C. Great!! You really did a great job nurul!

Finally, I gave up and used my metro ticket just to be at the other end of the metro exits...yes~ without boarding any train. Actually, I am planning to withdraw some rubles from bank maskvei and it is located at the other end of the metro station..not the usually one that we use everyday. But then, I couldn't find the right way and end up being at the same spot...again and again. To be honest....it's so easy to get there..and I don't seem to have any idea how I got...lost~

Ohh..maybe I'm not paying enough attention while walking. My friend said that I'm always in my own world....Perhaps. But...what kind of world?

Monday, January 10, 2011

Kenapa????

Salam

Owhhh~ sekarang aku berada dalam lubang api yang membara gara-gara mamat-mamat rumah sebelah ni yang tak reti nak kemas dapur lepas guna. Aku ni baru ja landing sikit punya baik atas carpet yang lembut lagi menggoda, dengan mata yang sipi-sipi ja bukak diganggu oleh ketukan pintu bertalu-talu. Lalu pintu itu dibuka dan muncullah makcik 'vse-narmalna' [is everything okay] dan memanggil nama aku "Nurul?"

Aku pun macam...urghhhh~ bila masa pulak aku bertugas kemas dapur hari ni? Dengan 'baik'nya dan muka separuh senyum, aku pun mengucapkan selamat tinggal kepada incek carpet dan mencapai tudung dan cardigan aku, lantas menuju ke dapur.


ibarat maid yang didera -hiperbola

Dan yang menyambut aku di dapur ialah stove yang ibarat setahun tak bercuci! Weiyhhh! Ingat aku diimport dari Malaysia semata-mata nak berkhidmat untuk korang ka?

Fuhhh~ Tolongla jangan cakap "kami kan lelaki". Tu semua jawapan-jawapan tipikal lelaki yang malas-tahap-dewa nak letak barang kat tempat asal. Bila perempuan marah, korang cakap kami ni suka berleter la, leceh la, bising la. Ingat kami ni tak dak kerja ka tiba-tiba nak berleter tak tentu pasal? *mula berleter*

Sedangkan Rasulullah pun sering tolong isteri-isteri baginda buat kerja. Ni kan korang yang sememangnya bukan laki aku?! Okla...since korang selalu bawak masuk perempuan dalam dapur tu macam pertandingan girlfriend sapa lagi terer masak, napa korang tak suruh dia kemas dapur dapur tu sekali? kenapa? kenapa? KENAPA????

Bersyukur la kalian sebab aku tak pecah masuk rumah korang dan suruh korang ketuk ketampi 100 kali. Kalau aku dapat sapa yang kotorkan stove sampai macam tu...tunggu la apa yang akan jadi~ muahahahahahahaha


got it already? *evil laugh*

Wednesday, January 5, 2011

Mari Bergaduh!

Salam

Walaupun agak lambat..sebenarnya sangat lambat, aku still nak ucap tahniah kat Malaysia sebab menang bola sepak ari tu. Maka bila menang biasa la...mula la nak cakap2 belakang. Konon-kononnya penyokong Malaysia guna laser...uittt? boleh pulak?


bukti kukuh Malaysia guna laser..kecewa aku T__T


Aku tau la kes Malaysia bergaduh ngan Indonesia ni dah lama... kes Ganyang Malaysia pun dah berkurun dah. Masa aku diperkenalkan dengan blog Malingsia tu pun aku baru form berapa ntah. First time aku baca tu memang la macam hot berapi-api ja..terus patriotik terlebih. Tapi perasaan aku nak gelak gaya bebas lagi tinggi dari nak meletup...sebabnya diorang beria-ia maki Malaysia yang konon-kononnya mencuri kebudayaan diorang~ Tolongla wei...aku yang tak cukup umur lagi waktu tu pun fikir tak logik nak bergaduh sebab benda tu. Siap main hack-hack lagi.


=.='


Ok...ok...straight to the best point~

Kita diajar buat semua benda kerana Allah kan? Berjalan, makan, minum, makan lagi, minum, makan dan makan dan makan semua kerana Allah. Tapi adakah Allah tunjang utama pergaduhan dua2 negara ni?
Tepuk dada,tanya iman. Kita bergaduh kerana Allah ka? Kalau ditanya di akhirat nanti, kenapa kita putuskan silaturrahim, apa kita nak jawab?



Jangan terlalu menyayangi seseorang, kelak kita akan membencinya.
Jangan pula terlalu membenci seseorang, kelak kita akan menyayanginya.


Logik tak kalau ni punca ramai perempuan Malaysia kawen lari ngan lelaki Indonesia? Oh tidakkkk!!! aku tak benci Indonesia ok...erkk~


Sunday, December 26, 2010

Ujian...Test....Ekzamen

Salam...



Semalam aku kelukaan,

kecewa kehampaan,

mencalar ketabahan,

mimpi yang sering ku harapkan,

menjadi kenyataan,

namun tak kesampaian.

Owh...owhh..owhhhh~

Sebenarnya aku ngah sedih
tahap ketujuh *dragon ball ada tujuh semuanya* sebab aku tak leh jawab test ari tu...tskkk~tskkk~

Ok...sejak aku masuk sini. Chemistry ni macam disaster bak kata cik amira. Sepatah apa pun tak paham...sadis kan?kan? Rasa down tersangat2 la semalam... Dah tu, chem bukanlah 1-1nya benda yang buat aku rasa cam nak terjun longkang.Aku pun tak tau napa aku ambik medic...tapi why bother crying over something that we cannot change?

Allah…
Inginku hentikan langkah ini,

bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
semangat tenggelam,
lemah daya,
haruskah aku mengalah,
namun jiwaku
berbisik,
inilah dugaan.

Kalau nak bercakap sal susahnya hidup di bumi orang..ntah la. Dah banyak kot benda aku belajar dalam 3 bulan ni. Aku pun tak tau sampai bila aku boleh melangkah. Tapi...ALLAH takkan membebankan aku dengan benda yang aku tak mampu. Mungkin DIA dalam cubaan membuatkan aku lagi dekat dengan DIA. Kalaulah aku mampu mengerti hakikat sebenar ujian yang DIA bentangkan...tentu aku boleh tersenyum gembira dalam duka
.

Dan langkahku kini terbuka,
pada hikmah dugaan,

uji keimanan (menguj
i keimanan),
tak dilontarkanNya ujian,

di luar kekuatan,
setiap diri insan.

Nurul..Nurul..tolongla teruskan langkahmu hingga ke akhirnya di bumi cinta. Ini cuma secebis pengalaman yang kau kutip wahai hamba~

Allah…
Pimpinlah diriku,
tuk bangkit semula,
meneruskan langkah,

per
juangan ini,
cekalkan hati dan semangatku,

kurniakan ketabahan,

agar mimpi jadi nyata,

padaMu ku meminta.


Daku mohon agung kudratMu,

wahai Tuhan yang satu,
segalanya dariMu.






jangan buang pengalaman pahitmu...kerana itu bukti kau telah dewasa

Friday, December 24, 2010

Cinta...

Salam blog...

Sian kau kan...aku tak gitau kau pun aku dah fly ke moscow. Sabar ya encik blog. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang sabar
*kau orang ka?*

Asal aku buat tajuk ni ek? Sebab semua orang tengah sibuk2 sal benda ni. Bercinta sana, putus sini, nangis sana, angau sini. Kak aku pun tengah kalut cari idea nak cakap kat ayah aku dia nak kahwin. Haish...


Dari Abu Hamzah, Anas bin Malik radiallahuanhu, pembantu Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam dari Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam, beliau bersabda:
Tidak beriman salah seorang diantara kamu hingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.
(Riwayat Bukhori dan Muslim)



Apa tu cinta? Orang cakap cinta tu fitrah...kalau cinta kita tak boleh larang. Cinta tu gila. Cinta tu buta. Cinta tu aku dan kau. Ecehh..lebih2 lak. Aku cakap cam aku tak pernah ja kan? Pernah...tapi cinta tu kan boleh kawal...kenapa perlu mati demi cinta? Kalau kita boleh berbelas-belas dan mungkin berpuluh tahun hidup cukup dengan kasih sayang parents kita, kenapa kita tiba2 boleh mati tapi cinta 'someone' tu? *terpengaruh ngan video bunuh diri ari tu*

Aku sebenarnya saja test skill kat facebook.. status double mea
nings.~ e.g
1)even though you wouldn't be mine..i'm glad that i met you >.<
2)today i miss him so much. the way he says the adzan, the way he becomes imam, his voice when he recites al-Quran and du'a...if i could turn back the time, surely..i would tell him how much i love him~
3)jangan tinggalkan aku sendiri~
dan keputusannya....semua orang fikir tu untuk somebody special kononnya...tapi memang special pun sebab

1) untuk kucing yang aku jumpak tepi jalan

2) untuk ayah aku

3) aku modified dari lagu doa seorang kekasih, part "jangan Engkau tinggalkan ku sendiri"


See?? betapa la ayat yang sama kita gunakan untuk menggambarkan rasa cinta kepada dia tu boleh kita gunakan untuk gambarkan rasa cinta untuk yang tersayang...atau even ALLAH~


Aku ingin jatuh cinta sekali lagi... tapi sebelum tu aku nak mencintai ALLAH sepenuh hati aku. Sebab kita selalu cakap...tentulah aku cintakan ALLAH. Tapi betul ka? Aku tengok diri aku sendiri...ada tak satu hari yang aku lalui tanpa melanggar perintah ALLAH? Ada tak satu hari yang aku terlalu merinduiNYA sampai aku angau? Ada tak...?ada tak..?



Seandainya indah nikmat mencintai kerana ALLAH...bagaimana pula nikmat mencintai ALLAH?