Sunday, December 26, 2010

Ujian...Test....Ekzamen

Salam...



Semalam aku kelukaan,

kecewa kehampaan,

mencalar ketabahan,

mimpi yang sering ku harapkan,

menjadi kenyataan,

namun tak kesampaian.

Owh...owhh..owhhhh~

Sebenarnya aku ngah sedih
tahap ketujuh *dragon ball ada tujuh semuanya* sebab aku tak leh jawab test ari tu...tskkk~tskkk~

Ok...sejak aku masuk sini. Chemistry ni macam disaster bak kata cik amira. Sepatah apa pun tak paham...sadis kan?kan? Rasa down tersangat2 la semalam... Dah tu, chem bukanlah 1-1nya benda yang buat aku rasa cam nak terjun longkang.Aku pun tak tau napa aku ambik medic...tapi why bother crying over something that we cannot change?

Allah…
Inginku hentikan langkah ini,

bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
semangat tenggelam,
lemah daya,
haruskah aku mengalah,
namun jiwaku
berbisik,
inilah dugaan.

Kalau nak bercakap sal susahnya hidup di bumi orang..ntah la. Dah banyak kot benda aku belajar dalam 3 bulan ni. Aku pun tak tau sampai bila aku boleh melangkah. Tapi...ALLAH takkan membebankan aku dengan benda yang aku tak mampu. Mungkin DIA dalam cubaan membuatkan aku lagi dekat dengan DIA. Kalaulah aku mampu mengerti hakikat sebenar ujian yang DIA bentangkan...tentu aku boleh tersenyum gembira dalam duka
.

Dan langkahku kini terbuka,
pada hikmah dugaan,

uji keimanan (menguj
i keimanan),
tak dilontarkanNya ujian,

di luar kekuatan,
setiap diri insan.

Nurul..Nurul..tolongla teruskan langkahmu hingga ke akhirnya di bumi cinta. Ini cuma secebis pengalaman yang kau kutip wahai hamba~

Allah…
Pimpinlah diriku,
tuk bangkit semula,
meneruskan langkah,

per
juangan ini,
cekalkan hati dan semangatku,

kurniakan ketabahan,

agar mimpi jadi nyata,

padaMu ku meminta.


Daku mohon agung kudratMu,

wahai Tuhan yang satu,
segalanya dariMu.






jangan buang pengalaman pahitmu...kerana itu bukti kau telah dewasa

Friday, December 24, 2010

Cinta...

Salam blog...

Sian kau kan...aku tak gitau kau pun aku dah fly ke moscow. Sabar ya encik blog. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang sabar
*kau orang ka?*

Asal aku buat tajuk ni ek? Sebab semua orang tengah sibuk2 sal benda ni. Bercinta sana, putus sini, nangis sana, angau sini. Kak aku pun tengah kalut cari idea nak cakap kat ayah aku dia nak kahwin. Haish...


Dari Abu Hamzah, Anas bin Malik radiallahuanhu, pembantu Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam dari Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam, beliau bersabda:
Tidak beriman salah seorang diantara kamu hingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.
(Riwayat Bukhori dan Muslim)



Apa tu cinta? Orang cakap cinta tu fitrah...kalau cinta kita tak boleh larang. Cinta tu gila. Cinta tu buta. Cinta tu aku dan kau. Ecehh..lebih2 lak. Aku cakap cam aku tak pernah ja kan? Pernah...tapi cinta tu kan boleh kawal...kenapa perlu mati demi cinta? Kalau kita boleh berbelas-belas dan mungkin berpuluh tahun hidup cukup dengan kasih sayang parents kita, kenapa kita tiba2 boleh mati tapi cinta 'someone' tu? *terpengaruh ngan video bunuh diri ari tu*

Aku sebenarnya saja test skill kat facebook.. status double mea
nings.~ e.g
1)even though you wouldn't be mine..i'm glad that i met you >.<
2)today i miss him so much. the way he says the adzan, the way he becomes imam, his voice when he recites al-Quran and du'a...if i could turn back the time, surely..i would tell him how much i love him~
3)jangan tinggalkan aku sendiri~
dan keputusannya....semua orang fikir tu untuk somebody special kononnya...tapi memang special pun sebab

1) untuk kucing yang aku jumpak tepi jalan

2) untuk ayah aku

3) aku modified dari lagu doa seorang kekasih, part "jangan Engkau tinggalkan ku sendiri"


See?? betapa la ayat yang sama kita gunakan untuk menggambarkan rasa cinta kepada dia tu boleh kita gunakan untuk gambarkan rasa cinta untuk yang tersayang...atau even ALLAH~


Aku ingin jatuh cinta sekali lagi... tapi sebelum tu aku nak mencintai ALLAH sepenuh hati aku. Sebab kita selalu cakap...tentulah aku cintakan ALLAH. Tapi betul ka? Aku tengok diri aku sendiri...ada tak satu hari yang aku lalui tanpa melanggar perintah ALLAH? Ada tak satu hari yang aku terlalu merinduiNYA sampai aku angau? Ada tak...?ada tak..?



Seandainya indah nikmat mencintai kerana ALLAH...bagaimana pula nikmat mencintai ALLAH?

Wednesday, June 30, 2010

Cinta Seorang Wanita


credit to - myzara84



Bagaikan rembulan menyinari malam
Kerlipan bintang turut bersama
Seorang wanita yang ada padanya
Keunggulan hati kurniaan Yang Esa

Kelembutan dari wajah yang sepi
Seindah sejernih air dikali
Jasamu tiada terbanding
Hanya mengharap keredhaanNya

Cintamu hiasan rumah impian
Kasihmu sesuci nan abadi
Kemewahan dunia tiada diingini
Meyakini syurga janjiNya Ilahi

Cintamu hanya pada Yang Satu
Kasihmu murni disulami rindu
Hanya padaNya tempatmu mengadu
Harapkan kasih kekal dalam restu

Lagu ni kuat melekat dalam hati aku..Entah bila aku mampu menjadi seindah-indah hiasan dunia...




"perjanjian dia dengan ALLAH 18 tahun"
perjanjian kita?
semoga keampunan ALLAH mengiringi mereka yang sudah berlalu pergi
dan kita yang bakal menyusul nanti

Thursday, June 24, 2010

Budak-budak lagi~

"Ala..biar la. Budak-budak lagi tu"
Add Image

"Jangan la marah sangat. Budak-budak lagi. Mana la dia tau salah ke tidak"



Biasa kan dengar ayat ni... Kalau aku tengok budak-budak zaman sekarang, itu la layanan yang diorang selalu dapat dari mak ayah atau orang-orang dewasa. Konon-kononnya sayangkan anak. Kalau anak bergaduh pun tak apa. Maki pun tak apa. Pukul orang pun tak apa... Budak-budak la katakan..

Kalau nak tegur pun dengan penuh sopan santunnya sampai budak-budak ni rasa selamat. Ala... mak ayah aku tak marah sangat pun~

Aku tak faham betul la. Kalau aku kecik-kecik dulu cukup takut ngan ayah aku. Mana berani nak main sepak-sepak depan ayah aku. Kalau perkataan tak elok..memang masak la jawabnya. Aku rasa peribahasa "sayangkan anak tangan-tangankan..." dah tak relevan untuk hampir semua anak-anak moden ni.

Kalau diikutkan cara Rasulullah s.a.w mendidik anak pun... apabila anak mencecah usia 5-7 tahun, ibu bapa perlu mengajar anak akhlak yang mulia dan adab-adab dalam kehidupan. Jangan sekadar dimanjakan tanpa menitik beratkan perangai anak-anak...

Kalaupun hendak menjadi ibu bapa yang penyayang dan memahami anak, kena la tengok situasi. Ada masanya, sifat tegas tu penting. Lembut dan sayang anak tak bermakna biar ja anak buat apa yang dia suka. Tegas juga bukan bermakna menjadi diktator sampai anak tak berani bersuara. Didik anak biarlah kena dengan caranya....




"Wahai Tuhan, janganlah Engkau jadikan kebinasaan umat Muhammad SAW di atas tanganku. Wahai Tuhanku, umurku telah lanjut dan kekuatanku telah lemah. Maka genggamkan (matikan) aku untukMu bukan untuk manusia" [Saidina Umar Al-Khattab]

Tuesday, June 22, 2010

Bermula semula....


Salam...

Balik-balik rama-rama. Balik-balik rama-rama...tak dak benda lain ke aku nak letak?
Aku pun tak tau...orang cakap rama-rama ni simbol kematian. Biar la aku letak sini. Menyedarkan aku bila aku terlupa.

Kenapa aku buat baru ye blog ni? Suka hati aku la...XD Aku cakap nak bukak buku baru hari ni..ehhh~ semalam. Tapi dah aku malas beli buku..aku renew la balik blog ni. Hidup ini belum terlambat untuk bermula semula kan?! Renung-renungkan =)




"Mahukah kau melangkah hari ini..tetapi bila kau menoleh semula..kau menyesalinya"